Search

KSL Futsal Sport Centre Bergegar

Malam ...

  • Share this:

KSL Futsal Sport Centre Bergegar

Malam ini dijangka KSL Futsal Sport Centre akan bergegar dengan keberadaan tiga pasukan padu dari Maiwp dan anak2 syarikat serta Yayasannya.

InsyaAllah, saya akan bermain bersama MAIWP FC, PICOMS, PPZ dan juga Yayasan Taqwa. Kami adalah Keluarga MAIWP.

Selama sebulan kami akan berlatih dan membina stamina dan skil. Selepas sebulan, insyaAllah di bulan November, kami akan buka tawaran kepada mana2 pasukan futsal dari pihak kerajaan, swasta, masjid dan surau untuk bertandang ke futsal court di mana MAIWP sebagai host. Kami ingin berukhuwwah dan membina Komuniti MAIWP bersama anda semua.

InsyaAllah setiap minggu, kami akan menjemput 2 atau 3 pasukan tetamu bermain bersama kami Keluarga MAIWP.

Jom terus bermain dan berlatih. Nanti kita jumpa di bulan November. Sukan tidak ada kasta. Sukan tidak ada maqam. Sukan penghubung masyarakat. Sukan alat ukuwwah dan silaturrahim.

Bersukan untuk sihat dan bersosialisasi.

MDB
Pengerusi MAIWP


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts